Selasa, 9 Jun 2009

Sayuti Minta Buat Blog K16...


Assalamualaikum!

Jumaat lalu (5 Jun 2009) masa dok sembang-sembang ngan Sayuti (Ti), dia minta ana buat blog untuk K16. Ana pun ya.. ya.. saja. Tapi pada malam lepas tu (6 Jun 2009) masa nak pi jumpa Pak Syeikh kat rumah Man (Rahman Kadir Jailani & Zunizah Embong) di Sg Petani.. Ti dok mintak buat jugak-jugak. Soo... ana ambik masa sikit untuk bina blog ni.. walaupun tak seberapa, alhamdulillah, macam dok tengaok lani lah...

Sahabat-sahabat sekalian...

Pertamanya, marilah kita sama-sama ucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada kita berjumpa, berkenalan, dan bermesra pada suatu ketika dahulu. Segala kenangan, cerita duka, gembira, lawak dan segala-galanya, ana rasa masih segar diingatan kita (K16) semua.

Keduanya, bolehkah kita jalinkan semula persahabatan yang sekian lama terpisah, yang sunyi tanpa khabar berita. Walaupun ada di antara sahabat-sahabat kita yang masih saling mengubungi antara satu sama lain... Bolehkah kita bertukar-tukar cerita? Bertukar-tukar pengalaman? Bukan tujuan ana untuk mengungkit kisah-kisah pedih antara kita, namun kita perlu menerima kenyataan bahawa kita pernah bersahabat.

Ketiganya, sebagai pendakwah, ana rasa, kita boleh berkongsi bahan... lebih-lebih lagi tugas kita adalah pembina negara bangsa, di dunia dan akhirat.

Wallahu-a'lam.

Webmaster...

email: k16mpip@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan